bismillahirrahmanirrahim..
kepada yang selalu membuka saifulislam.com, ayat pasti 'erti hidup pada memberi' ialah perkataan yang sudah tepu di dalam pembacaan dan pendengaran. setelah lama mendengar tanpa menghayati apa yang ingin dimaksudkan oleh ustaz, menjadikan ayat ini satu ayat yang biasa dan tiada keistimewaan dalam hidup. tetapi setelah menghayatinya, dan mendengar apa sebenar yang ingin ustaz maksudkan, barulah aku sedar, bahawa hidup manusia mestilah berteraskan kepada pemberian tanpa langsung menjangka penerimaan. dan penerimaan yang sepatutnya kita jangkakan ialah penerimaan yang hak iaitu keredhoan yang maha kuasa.
disini kita dapat klasifikasikan konsep 'pemberian' ini kepada 2 bahagian. pemberian kepada kholiq ALLAH yang maha besar, pemberian sesama manusia/makhluk.
ok firstly, merujuk kepada apa yang aku dapat semasa menghadiri kem PUISI, begin with the end in mind. setiap kehidupan mampunyai tujuan. tanpa tujuan sia-sialah hidup kita. tiada makna. mahukah kita menjadi orang-orang yang tiada tujuan hidup?? diibaratkan seperti bermain bola di tengah padang, dipenuhi dengan penonton, tetapi tiada tiang gol. kemanakah bola itu hendak disepak?, dan juga seperti bermain golf di padang yang berharga jutaan ringgit, tetapi langsung tiada lubang untuk pemain pukul untuk masuk, ke mana bola golf tersebut hndak di pukul?
mahukah kita melihat hidup kita sia-sia selepas mati? bagaikan sampah yang dibuang untuk dilupuskan. tiada guna. cuba fikirkan, ALLAH tidak jadikan makhluknya dengan sia-sia. terutamanya manusia. manusia diciptakan ALLAH dengan beberapa tujuan. tujuan ALLAH menjadikan manusia ialah untuk BERIBADAT kepadanya (a'bid), menyebarkan DAKWAH agamanya (daie) dan akhir sekali menjadi KHALIFAH di atas muka bumi (khalifah).
pemberian pertama yang hendak dimaksudkan disini ialah pemberian kepada ALLAH. pemberian inilah yang sepatutnya kita laksanakan sebelum melaksanakan pemberian yang lain. tujuan hidup itulah sebenarnya pemberian yang hak untuk kita tunaikan untuk ALLAH. dan jangkaa kepada penerimaan untuk pemberian ini hanyalah untuk mendapatkan redhoNya. dan penerimaan ini adalah penerimaan yang hakiki. dan setiap pemberian mestilah merebuti penerimaan ini.
bagaimanakah kita ingin penuhi 'pemberian' kepada ALLAH?
1. BERIDABAT KEPADANYA SEPANJANG MASA.
didalam ayat quran sudah jelas dinyatakan. Dia tidak jadikan manusia melainkan untuk beribadah. ada pengecualian disitu. Dia tidak berkata, aku jadikan manusia untuk beribadah kepadaku-tiada pengecualian, ayat ini, bermaksud, menyuruh menyembahNya, pada masa yang sama, kita boleh menyembah yang lain. bukan itu yang ALLAH maksudkan.
untuk mempejelaskan lagi, aku bagi contoh dua ayat yang sama tapi berbeza (ingat! ini adalah contoh sahaja, tiada kene mengena yang hidup ataupun yang mati). bayangkan anda adalah seorang wanita yang sedang mendengar kata2 cinta dari lelaki. ada 2 lelaki disini. lelaki pertama berkata ; aku cinta padamu. dan lelaki kedua pula berkata ; tiada yang kucinta melainkan dirimu. kalau-kalau nak difikirkan, lelaki mana yang akan menjadi pilihan anda? tentulah lelaki yang kedua kan?. ini kerana lelaki pertama mempunyai kebarangkalian untuk mencintai wanita lain bahkan lelaki yang kedua tidak. begitulah juga apa yang ALLAH maksudkan. kita tidak langsung dijadikan selain beribadah 24jam. dalam konteks ibadah, ia terbahagi kepada 2. umum dan khusus. ibadah bukan sahaja dihadkan kepada 'semayang' dan ' pose' sahaja. tetapi dirangkumkan kepada seluruh tindakan kita sepanjang kita hidup. oleh itu, tidak kira apa yang sedang kita lakukan, ia mestilah berteraskan ibadah keranaNya.
2. BERDAKWAH UNTUK MENEGAKKAN KEMBALI AGAMA ALLAH.
kewajipan berdakwah jelas diterangkan, tidak kira samada di dalam alquran ataupun hadis. 'amar maaruf nahi mungkar' adalah salah satu istilah yang disebut didalam alquran. tetapi sejauh manakah kita menghayatinya? kita lihat sahajalah apa yang berlaku di negara kita sendiri, dalam televisyen, sudah terbukti 'hiburan' adalah agenda utama pihak media untuk melariskan rancangannya. kadang-kadang terkilan melihat cerita remaja zaman sekarang. pengaruh barat terus menjadi-jadi teruk. dari sudut pergaulan, pemakaian sudah sama dengan apa yang dikatakan 'zaman jahiliyah'. inilah realitinya, negara kita menegakkan binaan negara islam di atas binaan jahiliyah. tidak kiralah, apa konsep islam pun hendak direka, islam hadari? hmm.. fikirkanlah. hendaklah kita sedar, untuk mewujudkan sebuah negara islam, bukan dengan menegakkannya di atas binaan jahiliyah. kita mesti runtuhkannya. runtuhkan segala pengaruh-pengaruh barat yang tahapehapetah. barulah boleh kita tegakkan negara islam. membina negara di atas runtuhan jahiliyah. barulah tertegaknya apa yang dikatakan dalam quran, 'baldatun toyyibun, wa robbun ghofur', negeri yg baik dan tuhan ampuni.
melihatkan kejatuhan khilafah uthmaniyyah pada tahun 1924, dari tangan sultan abdul hamid oleh mustafa kamal attartuk di turki, islam bertukar kepimpinannya dari pemerintahan 'raja yang menggigit kepada pemerintahan 'raja yang mencengkam' = diktator. sekarang jelas kejatuhan khilafah islamiyah. dan nabi muhammad pernah bersabda, selepas pemerintahan 'raja yang mncengkam' akan datang pula pemerintahan khilafah semula atas manhaj kenabian. bermakna suatu masa nanti khilafah islamiyah akan tertegak semula. itu janji nabi. mahukah kita tergolong dalam orang2 yang berjuang untuk menegakkanya? bagaimanakan caranya?
khalifah islam yang terakhir selepas kamal attartuk mengusai turki (1924)
sejak kejatuhan khilafah uthmaniyah, umat islam tidak pernah berputus asa untuk menegakkan kembali semula khilafah tersebut. maka terbentuklah jemaah2 seperti ikhwanul muslimin dan sebagainya. jemaah2 inilah yang bertungkus lumus untuk memastikan islam tertegak semula. sampai sekarang pun banyak jemaah yang turut mengikuti jejak langkah ikhwanul muslimin. kita bagaimana? adakah kita termasuk dalam golongan tersebut? golongan yang mana ingin mengakkan kembali daulah islamiyyah. mempunyai matlamat yang jelas dan jauh. pikir2kan.
3. KHALIFAH DI MUKA BUMI.
manusia dijadikan dengan mempunyai akal dan nafsu. manusia perlu menjaga amanah ALLAH di atas segala apa yang ada di atas muka bumi ini dengan menggunakan akal yang diberi. sesungguhnya semasa ALLAH melantik manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini, semua malaikat tidak bersetuju, kerana mereka tahu manusialah yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi ini, menumpahkan darah sesama manusia. tetapi ALLAH menjawab, DIA lebih tahu segala2nya. jadi, jangan kita sia siakan keistimewaan yang kita ada. (rujuk surah albaqarah muka surat ke5).
bagaimana pula untuk memenuhi 'pemberian' sesama makhluk?
makhluk ciptaan ALLAH banyak, tapi apa yang aku nak tekankan kat sini pemberian kepada sesama manusia terutamanya sesama sahabat dan suami isteri. pemberian yang bermakna ialah pemberian yang tidak langsung mengharapkan penerimaan dari makhluk. cuba bayangkan satu dunia manusia memberi tanpa mengharap penerimaan, maka amanlah dunia ini. untuk perjelaskan maksud aku, aku beri beberapa contoh dan cuba bandingkan yang mana yang terbaik.contoh pertama ialah dalam rumahtangga. scenario pertama; seorang suami pulang ke rumah dari tempat kerja. suami itu mengatakan, jika isteri aku tak senyum, tak sediakan air oren dan tak masak goreng pisang, aku tempeleng dia. si isteri pulak berkata, dahla aku penat jaga anak, dia tu sedap je duduk dalam aircond keje, ntah keje ke tidak, kalau tak bawak balik makanan ape2 aku tak nak senyum. scenario kedua pulak; seorang suami pulang ke rumah, dengan senyuman yang manis, tidak menjangkakan apa2 dari isteri apabila ia pulang, dan isterinya pula, menyediakan air, goreng pisang dan rotan untuk suaminya sebelum pulang tanpa menjangkakan apa2 dari suaminya.
kita boleh lihat keadaan dua rumahtangga yang berbeza sungguh keadaannya. keadaan yang manakah yang anda inginkan? pasti dan sudah pasti setiap daripada anda akan memilih keadaan yang kedua, suami dan isteri, masing-masing tidak langsung menjangkakan penerimaan bahkan, memberi seikhlas hati. dijamin bahagia sampai bila-bila. pasangan yang kedua pula masing2 menjangkakan penerimaan, maka langsung tidak akan bahagia.
dalam konteks persahabatan pula; ahmad dan ali bersahabat, mereka tinggal bersama di sebuah rumah, berkongsi dapur. ahmad ke dapur dan dia melihat pinggan di atas sinki yang tidak dibasuh. scenario pertama; ahmad membasuh pinggan tanpa ada langsung komplen, dan ali tersentuh, ukhuwah mereka menjadi mantap. ali berazam untuk membasuh pinggannya sendiri dan akan membasuh pinggan yang ahmad tinggal. scenario kedua; ahmad bengang dan memarahi ali kerana tidak basuh pinggan selepas makan. mereka bertengkar dan tidak bertegur walaupon tinggal serumah.
apa salahnya ahmad membasuh pinggan, mungkin ali ada sesuatu yang penting untuk diselesaikan, mungkin juga ali terlupa untuk basuh pinggannya selepas makan. berbaloikah hubungan kedua2 sahabat tersebut putus hanya disebabkan ali tidak membasuh pinggan. dendam kesumat dalam diri membara membuatkan ali berasa ingin membalas dendam. jadi, memberilah kepada makhluk allah tanpa mengharapkan penerimaan. tidak ada ruginya, kita akan mendapat ganjaran daripada ALLAH, dan Dia tidak akan terlupa untuk membalasnya. haraplah penerimaan dari ALLAH, jangan mengharap penerimaan dari manusia.
mungkin contoh2 diatas, adalah sangat pelik. tapi itulah yang penting. dan ia sangat memberikan kesan kepada diri ini. sangat-sangat ingin memberi tanpa mengharap apa-apa dari makhluk ALLAH (resolusi tahun baruku).
3 comments:
salam.. haha, akhirnya, lps battle dgn kesabaran dgn connection problem, dpt jugak aku komeng kat sini..
hahah, xde apa sangat.. cuma aku pelik tang baju "england" hang tu.. kata bina atas runtuhan jahiliyah??
bukan aku mempersoalkan baju hang tu, cuma aku nak motivate hang supaya RUNTUHKANLAH JAHILIYAH DI ENGLAND!!! insyaAllah boleh... tiada yg mustahil dgn pertolongan Allah.. tapi sebelum pertolongan tu tiba, kena la usaha dgn betul dulu, ye x?
hahaha... salam perjalanan...
ape kene mngene jahiliyah dengan england.. hanya memakai baju england bukan bermakna aku meyokong jahiliyah yang ada kat england nii.. aku hanya sokong team bola england jee.. tak lebih dari itu.. jahiliyah yang aku maksudkan ialah seoerti 'hiburan2' yang diagung2kan kat msia tu.. pada masa yg sama declare yg negara kita negara islam..
yang pasal nk runtuhkan jahiliyah tu, insyaALLAH, selagi mana ada kesedaran dan kemampuan, kat mana2 pon aku akan cuba untuk runtuhkan.. tak semestinya aku dok england aku takleh runtuhkan binaan jahiliyah kt msia..
ape2pon, runtuhkan jahiliyah dalam diri dulu, baru boleh pikir pasal negara dan khilafah..
=)
ak rsa cm da pnah tgk gamba ya plg bwh ni...
tp, 2 versi ada jerawat...
aik?
da ilang da...
haha...
Post a Comment