1/04/2008

renungan: KELEBIHAN ALFATIHAH (brdsrkan pengalaman aku sndiri)


ayat alquran adalah penawar, penyelesai segala masaalah, malah ayat quran juga dijadikan untuk ubat kepada penyakit-penyakit fizikal, apatah lagi ia juga menjadi ubat kepada hati. saidina umar r.a., yang mana sebelum beliau memasuki islam, beliaulah anatara orang terkuat menentang islam, tapi hanya dengan mendengar ayat alquran, surah thaha, hati beliau serta merta jadi lembut. dan sejak pada itu beliau masuk islam dengan seikhlas hati, dan beliaulah antara pahlawan sejati umat islam islam, banyak sumbangannya kepada islam. lihatlah betapa tingginya darjat ayat ayat tuhan ini. hati yang rasanya mustahil untuk diubah walaupun diberi wang dan pangkat, tapi hanya diubah dengan bacaan ayat alquran sahaja.. ajaib kan?

hanya padamu ya ALLAH tempat bergantung


sorila, intro kat atas tu dah cukup formal abis dah, untuk seterusnya ini, aku malas nak wat formal, takut msg yang aku nak sampaikan tak sampai, baik aku gune bahasa sempoi2 je la eh..

apa yang aku nak utarakan sekarang ialah pengalaman aku dengan surah alfatihah. ade 4 cerita. sebelum tu nak bagitau mi aku yang ajar aku (beliau seorg pendakwah bebas di ibukota), supaya membaca alfatihah dikalamana kita berada dalam keadaan genting, dan tiada siapa yang dapat tolong kita dah mase tu, mi kate baca fatihah banyak2 kali, dengan yakinnya ALLAH akan tolong.

cerita pertama baru je berlaku semasa aku di kem buti jati, kem btn. kami dibahagikan kepada 11 kumpulan, dan setiap kumpulan ade bilik khas untuk sesi ldk, pada malam pertama kami berLDK, lampu yang ada dalam bilik LDK kami tidak mnyala, ini kerana fiusnya dah rosak. mula-mula aku buat bodoh je, sebab malas nak start awal, tapi biler sume dah buntu nak baiki lampu dan tiada seorg pon yang berjaya mnghidupkan lampu itu, aku dengan rasa tanggungjawab, menggunakan fius yang digunakan oleh rakan rakan sekumpulanku untuk cuba mnghidupkan lampu tapi gagal. dan tiba2 teringat pesanan mi, aku teros baca surah alfatihah sambil membetulkan fius itu, dengan penuh keyakinan! dalam otak masa pikir boleh! boleh! boleh punya, ALLAH akan nyalakan lampu kalau DIA nak, lampu itu tetap tak mnyala, aku hampir berputus asa diwaktu, tibe2 disaat aku ingin lepaskan tangan aku dari lampu itu(putus asa), tiba tiba lampu itu terbuka! ALHAMDULILLAH..

cerita kedua plak, berlaku pada tahun lepas, masa tu aku mnghadiri satu kem, di banting, ramai gak arr budak kolej aku join skali masa tu, pada satu malam kami mngadakan aktiviti outdoor yang lasak, yang mana kami perlu mninggalkan segala barang-barang berharga kami seperti hp dan beg duit, takleh bawak ke aktiviti tu, setelah abes aktiviti aku, kitorg bersiap sedia untuk tido, sebelum tidur, aku cek la barang- barang berharga aku balik, cek punye cek, tengok2 beg duit aku hilang! cuak nak mati tau tak masa tu! dahla ic, duit blanja yg mak aku bagik, resit2 penting, kertas warranty, gambar2 berharga suma ada dalam tu! kalau hilang tak taula camne aku nak carik balik penggantinya semula! tapi tetiba aku teringat, pesanan mi, dan malam tu sambil usaha mencari wallet aku, aku tak henti2 baca fatihah dan yakin ALLAH akan mempertemukan semula wallet aku tu semula, tapi tak jumpe juga, balik ke bilik dgn kecewa, sambil mulut tak abes2 mmbaca surah alfatihah.
pada keesokkan harinya, aku menghadiri kem dgn tak semangat sebb wallet dah hilang.. aku hampir putus asa.. sehinggalah berita ini sampai ke telinga sahabat aku, dan sahabat aku tu trus bgtau aku bhw dia tau dimana wallet aku berada,.

ya ALLAH, kau yang maha besar


"weh, wallet ko ada kat muslimat la!, dia tolong simpankan barang-barang kita, dan malam tadi semua budak dah amek dari muslimat tu, kecuali ko!.." kata sahabatku itu.

yaALLAH, aku terlupa! aku sebenarnya telah mmberikan wallet itu kepada seorang muslimah untuk mnjaganya, sepanjang aku berada dalam aktiviti lasak tu! ALHAMDULILLAH, akhirnya aku dapat kembali wallet aku.

nak dikatakan kalau kita yakin dengan ALLAH, insyaALLAH, DIA akan membantu kita walau ape cara sekalipon. so, bila teringat balik, macam tak caya, ALLAH masih lagi mahu membantu aku. itu maknanya ALLAH masih sayangkan aku lagik, ALHAMDULILLAH... sejak dari peristiwa itu, keyakinan aku terhadap ayat alquran lebih bertambah.


yang last ni plak berlaku semasa aku di leeds, baru2 ni aku nak ke dublin, ireland, untuk menghadiri salah satu program yang dianjurkan oleh ppimi, salah sebuah persatuan pelajar di ireland. bende ni berlaku semasa aku dan rakan2 di leeds bradford airport. dalam tiket, kami dijadualkan berlepas pada jam 1335. kami sampai di situ lebih kurang jam 1100. sungguh awal sekali. kami pergi melepak2 di kedai kopi sambil minum mocha. terleka punya terleka, jam sudah sampai pukul 1300. dlm pikiran kitorg awal lagik. tp mase beratur untuk security panjang gile, mmg dah cuak masa tu. beratur punye beratur, jam sudah pukul 1330. kami masih belom melepasi security tersebut.

mengingatkan nasihat ibu di malaysia dahulu, suruh baca fatihah or bace bismillahi tawakkal ala ALLAH, aku tros membaca dengan sepenuh penggantungan kepada ALLAH. sejurus selepas itu, kami terus melihat screen untuk melihat flight kami samada sudah berlepas atau tidak. ALHAMDULILLAH, tiba2 aku terbaca di screen tersebut.. menulis.. LEEDS-DUBLIN, DELAY TO 1415. sangat bersyukur. maka kami semua teus menaiki flight teros dengan lege.


leeds bradford airport


ade lagik sebenarnya kisah aku, ni pasal bukak kunci plak, secara ringkasnya, kunci yang aku pakai untuk buka rumah macam tak boelh pakai dah, tapi aku cube bukak jugak pakai kunci tu, sambil membaca alfatihah, disaat akhir aku ingin mlepaskan tangan untuk berputus asa, pintu rumah itu dapat dibuka! MASYAALLAH! sungguh agung kalimahmu yaALLAH..



kesimpulannya, disetiap saat tak kiralah semasa kita sesak ataupon terdesak, ataupun senang, yakinlah dengan ALLAH, dan kalimahNYA, dan jadikanlah ayat alquran sebagai bacaan harian kita, seperti juga rutin harian kita membaca suratkhabar, soccernet.com, manutd.com, chelseafc.com dan sebagainya, dengan mnjadikan ayat quran sebagai amalan, insyaALLAH, kehidupan kita akan jadi lebih baik, PERCAYALAH!

wassalam..

4 comments:

imakubex said...

macam kenal je cerita 2?

kat leeds bradfort 2?

hehe

Thaha Abdul Latef said...

haha.. dengan sape lagik dowh.. ngan korg la.. haha.. ape2pon cuak gile mase tu! ko siap dah bincang camner nak naik boat kat liverpool nak gi dublin..

hi_j87 said...

hihi! kalau laa betul x sempat, kurasakan spt mahu menggigit-gigit security2 officer kat situ.. lembab!
yg shock sambil cuak, sambil plan nak naik boat plak tuh!! hihi!! pengalaman2..

Anonymous said...

Trima kasih krna mengkongsikan pngalaman saudara,ia bnyk mbntu sdkit bnyk utk mbri kyakinan dn smngt kpda sya.