2/01/2008

renungan:TIADA KEKUATAN MELAINKAN ALLAH S.W.T

''LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ALIYIL A'ZIM''

''tiada kekuatan dan daya melainkan dari ALLAH yang maha tinggi lagi maha mulia''


berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita mnghubungkan diri kita dengan ALLAH, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. sedangkan Saidina Umar R.A memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh rasulullah S.A.W..

disini saya ingin mengajak rakan-rakan menghayati kata-kata zikir yang terkandung dalam zikir yang ditulis diatas. walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. tidak berkuasa. dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan ALLAH. malahan kuasa tersebut dkurniakan oleh ALLAH, bukan untuk kita kufur kepadaNYA, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA.

selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak ALLAH semata-mata. jika ALLAH tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. tetapi apabila ALLAH menyebut 'kun', maka 'yakun' lah apa yang dikehendakiNYA.

oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. insyaALLAH, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. kerana apabila manusia terus-menerus mengingati ALLAH sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang ALLAH taqdirkan.




3 comments:

Unknown said...

Salam..
huhu...
catatan ni mesti ada pengalaman tersendiri..
sy merasakan mcm tu..
aper pun, terima kasih atas peringatan..
moga kita berkekalan berzikir kpdNya...

mcm kptusan SPM yg bakal keluar ni pun..
huhu...kalau difikirkan dari segi usaha..
sy rasa mmg usaha sy xde la seberapa.rasa mcm xsetimpal dgn doa yg slalu dipohon. and nak banding usaha kita dgn kawan pun ada bnyk jauh beza dier..

mula rasa cuak bila difikirkan usaha kta dan nak dibanding dgn apa yg kita hajatkan....

tp bila mula fokus kat Allah..
hati jadi tenang..
kat DIa jela tempat mengharap..mmg harap giler2..tp sedar diri gak usaha takat mana..huhu..

so,fokus Allah tu Maha2 berkuasa. Kuasa Allah tu meliputi segala-nya.tiada yg mustahil..

jadinye, sy sentiasa berbaik sangka n positif la.slalu pk INsyaAllah Allah akan bagi yg terbaik..terbaik yg mcmana? hny dia je yg selayaknye menentukan..apa2 pun kena siap sedia redha...(huhu..still cuak kalo pk lg)

analogi nye..mcm yg kita biasa mintak..syurga firdaus.tp banding ngan amalan.mak aihh xsetimpal mana..tp yg kita harapkan hanya Rahmat Nya..

huhu..mcm tu la kot yg sy cuba aplikasi..exam da lps.rsnye itula daya n upaya yg seadanya..nak harapkan usaha sendirik..Wallahu'alam..(",)huhu..
hanya harap kekuasaan Ilahi..


Wallahumusta'an

aKmA said...

salam...tq atas peringatan anda..terasa plak...jarang sekali untuk memuji nya...insyaALLAH akan diperbaiki diri dari semasa ke semasa..amin~

Thaha Abdul Latef said...

terima kasih kepada yang memberi komen.. diharap sejahtera dibuatnya untuk rakan2 yang membaca entry yang tak seberapa ini.. lebih kepada untuk peringatan.. amin..

untuk pengetahuan rakan-rakan, zikir ini adalah salah satu motivasi untuk diri ini dikala lemah dan rase tdak berdaya (kesusahan).

ummiku yg tsayang telah memberikan pendorong dan mendorongku untuk membaca ayat ini apabila kesusahan terutamanya..

semoga ia juga boleh dijadikan motivasi untuk rakan2 yang membaca.. amin...