1/02/2008

diary kembara : PENGEMBARAAN SELURUH UK (EP2)


14hb dec
- setelah berehat di bankside (hall hamid) dengan secukupnya. kami bersiap untuk meneruskan perjalanan kami. kali ini kami berpakat untuk menyertai lecture budak london school of economocs. lecture mathematics. pengalaman yang menarik. glove 'nike' lawa aku hilang masa ni. tension gile. dah agak mahal glove tu. selepas itu kami dibawa oleh ke sebuah kedai halal di london. oleh kerana bajet, kami hanya beli 2 kotak nasi untuk 3 orang. mantap gile ukhuwah. pastu kitorang gi solat jumaat bersama budak lse di musalla di lse. jumpe senior kitorang kat kolej. faris fasri, adam effendy pon jumpe, dia pon dah siap2 nak pegi spain masa tu. so, sekejap je la sempat jumpa kitorng masa tu. selepas solat jumaat, hamid membawa kami kami ke hyde park. di situ ada fair untuk krismas. ada london eye kecik, rumah hantu, tempat main skating. kat hyde park kitorang jumpe syazreeza dan syuhada. pastu kitorang masuk harrods. antara shopping mall termahal. tempat-tempat vip beli belah. pada waktu malamnya plak. kitorang berjalan di sepanjang oxford street. disinilah kami berjumpa dengan kedai utama nike di london. bapak besar gila kedai. display macam2 produk dia. macam muzium nike plak. pastu kitorang jumpe acap kucing ngan sam (sahabat kolej). kali ini kami pergi ke stadium arsenal plak, emirates stadium. hamid bawak kami pegik masuk bar halal. kami minum milkshake di tinseltown. hari yang penat.

emirates stadium yang lawa tapi tak best

tak boleh bla dowh..


15hb dec- masa untuk bertolak ke cambridge. kami berempat naik bas yang berlainan masa. aku dan akmal naik bas awal dari bas hamid dan adeq. aku and akmal lari ke victoria kerana mendapati masa untuk bas kami berlepas semakin suntuk. alhamdulillah, sempat gak nak naik bas, elok2 sesaat sebelum bas nak tutup pintu bas. kalau tak tertinggal la bas. hamid n adeq naik 2 jam lewat daripada kami. semasa perjalanan, kami diberitahu melalui handphone yang hamid tertinggal bas kerana tertinggal tiket bas dalam hall. terpaksalah dia beli tiket baru. untuk ke cambridge. setibanya kami di cambridge, kami disambut oleh encik bazli. semasa kami di kolej dulu, kami diura2kan oleh khabar2 angin yang mengatakan di cambridge ada kfc halal. dengan semangat wajanya, kami terus mencari kfc yang halal tersebut. tapi bila tanya senior kat cambridge, sebenarnya, kfc halal bukan ada kat situ. kat oxford adala. di cambridge, terdapat banyak kolej, antaranya jesus, fitzwilliam, kings, trinity.. kami hanya dibawa berjalan ke kolej2 yang utama sahaja. pada waktu malam pula, bazli membawa kami ke rumah senior cambridge, yang mana beliau juga adalh super senior kami di kolej. yang menariknya, kedua2nya bernama imran. batch 5th kolej uem. imran idris (black) dan imran jusoh. kami berbual dan mereka berdua menceritakan pengalaman mereka semasa travel terutamanya di europe.

bersama senior kolej di cambridge



video semasa berpunting


16hb dec- berjalan di kolej2 menarik di cambridge. kali ini kami masuk ke dalam sebuah chapel di kings college. selesai mengelilingi kolej. kini tibalah masa untuk kami ber'punting' di sungai. punting ini macam berkayak. selesai berpunting, tibalah masa untuk kami pulang ke london semula. kali ini tujuan kami ke london bukanlah bertujuan untuk berjalan2 ttpi sebenarnya untuk naik bas ke nottingham pula. kerana tiket ke nottingham hanya ditawarkan muarah dari london, kalau dari cambridge nak pergi notts, sangat mahal. kali ini, kami berempat pulang ke london dengan bas yang sama. tetapi bas dari stesen victoria ke notts masa yang berbeza. kali ini, aku dan akmal terpaksa naik bas yang awal, ini bermakna kami terpaksa lepak di victoria station selama 3 jam. adeq dan hamid pula, balik ke bankside dahulu, disebabkan masa bertolak mereka adalah waktu malam. setibanya kami di stesen bas di nottingham, daus menyuruh kami balik ke rumahnya dengan menaiki rainbow 5, berhenti di stesen dunkirk. setibanya kami di dunkirk. aku bertemu dengan 2 gadis leeds yang aku sendiri tak kenal. salah seorang dari mereka menegurku. haha.. boleh tak kenal minah satu uni? memang pun. aku tak kenal semua minah leeds. keskes. setibanya kami dirumah daus yang besar, kami pun bersiap-siap untuk tidur. selepas itu, berborak2 ngan daus terutamanya tentang kahwin, tajuk yang menarik yang dihuraikan oleh daus. dan kami tidur dengan nyenyaknya untuk meneruskan pengembaraan pada esok hari.


bersama member2 di notts


di musalla notts

tasik di notts yang membeku


17hb dec- pagi-pagi lagi daus me'rekemen'kan kami untuk pergi melihat tasik di university di notts. kebetulan pula tasik tersebut sedang membeku. bayangkan lah macammana cantiknya tasik tersebut. tambahan pula melihat burung2 dan itik berjalan2 di atas ais yang membeku. kami bertemu dengan arif sodri (sahabat kolej). dia membawa kami berjalan-jalan di university. oleh kerana kesuntukan masa untuk mengejar flight ke inverness, scotland, kami hanya sempat berjalan di main building university sahaja, sempat juga melihat musollanya, yg kalau ikut luasnya, lebih kurang musalla di university of leeds. tapi apa yang beza, musalla di notts lebar dan di leeds menjadi lebih panjang. dalam waktu tengahari, kami bertolak ke east midland airport untuk berlepas ke inverness. menaiki ryan air. di atas flight, aku berborak sebentar dengan mat saleh yang menetap di inverness. mengambil peluang untuk mengumpul maklumat tentang inverness, katanya inverness sangat sejuk. pastikan kami memakai glove. tambahnya lagi, inverness akan berada di paras -10 celcius pada malam tersebut. setibanya di airport, kami cuba untuk menyewa kereta, tetapi atas batasan umur kami, kami tidak boleh menyewa kereta. so, terpaksalah mnggunakan bas awam. setibanya kami di hostel yang sudah ditempah sebulan lalu kira-kira waktu hampir magrib. kami bersiap-siap untuk makanan dengan hanya membeli makanan 'frozen' yang di beli di morrisson dahulu. di dapur di hostel, kami berborak dengan claine(australian), eddy(french)dan yang (china) pada waktu lewat malam, kira2 pukul 11 tghmalam, aku, hamid dan akmal berpakat2 untuk mengelilingi inverness dalam keadaan -10 darjah celcius. apabila kami melalui tepi sungai, asap2 boleh kelihatan di atas2 sungai.

bersama eddy, claine dan yang di dapur di hostel

episode ketiga terpaksa ditangguhkan kerana sibuk.. nantikan



2 comments:

akmal.amri said...

"tibalah masa untuk kami pulang ke london semula. kali ini tujuan kami ke london bukanlah bertujuan untuk naik bas ke nottingham pula."

ape bahasa ko ni thaha... banyak gile bahasa2 pelik ko pakai... taula asal thailand... hahahaha.... n apesal x letak gamba sungai berasap-asap tu?? hehe...

Thaha Abdul Latef said...

dah tukar dah.. ala, manusia silap tak lepas la..