Suka saya meng'quote'kan kata-kata ustaz hasrizal dalam entrynya..
“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”
(saifulislam.com)
sampai bila kita nak hidup dalam tempurung? tempurung yang mana dikatakan medan untuk memperbaiki diri, sampai bila kita mahu hidup di dalam keadaan kita sendiri sahaja, tanpa mempedulikan rakan-rakan diluar tempurung? keluarlah wahai sahabat, keluarlah dari tempurungmu itu, libatkanlah dirimu itu dengan keadaan di luar tempurungmu itu, kerana diluar sana menjanjikan kejayaan kita, ALLAH telah berjanji, Islam akan bangkit semula suatu hari nanti, tanyalah diri sendiri, adakah aku tergolong dalam orang-orang yang menaikkan martabat islam didunia, ataupun sebaliknya.. fikirkanlah...
fikir2kanlah wahai sahabat, jika ada dosa yang kita lakukan, maksiat-maksiat yang tidak berguna, tanyalah dirimu sendiri...adakah masa lapangmu itu yang menjadi pembunuhmu..??
sekian wassalam..
2/20/2008
2/01/2008
renungan:TIADA KEKUATAN MELAINKAN ALLAH S.W.T
''LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ALIYIL A'ZIM''
''tiada kekuatan dan daya melainkan dari ALLAH yang maha tinggi lagi maha mulia''

berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita mnghubungkan diri kita dengan ALLAH, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. sedangkan Saidina Umar R.A memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh rasulullah S.A.W..
disini saya ingin mengajak rakan-rakan menghayati kata-kata zikir yang terkandung dalam zikir yang ditulis diatas. walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. tidak berkuasa. dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan ALLAH. malahan kuasa tersebut dkurniakan oleh ALLAH, bukan untuk kita kufur kepadaNYA, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA.
selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak ALLAH semata-mata. jika ALLAH tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. tetapi apabila ALLAH menyebut 'kun', maka 'yakun' lah apa yang dikehendakiNYA.
oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. insyaALLAH, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.
jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. kerana apabila manusia terus-menerus mengingati ALLAH sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang ALLAH taqdirkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)