12/03/2007

renungan: KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬


Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11;
Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ''
Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak"

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)


Kepada mereka yang selalu ke majlis ilmu, mesti
familiar dengan hadith dan ayat quran di atas. Setiap kali penceramah dan muzakkir ingin memulakan kuliah dan tazkirah mereka, mereka selalu mengingatkan audience mereka betapa pentingnya menuntut ilmu. Begitulah lumrahnya, orang yang berilmu sentiasa berada di dalam kehidupan yang baik, jika ilmu yang dipelajarinya itu benar, dan diamalkan apa yang dipelajari.

Majlis ilmu tidak terhad sahaja kepada majlis-majlis tazkirah, kuliah-kuliah di masjid, ceramah-ceramah agama, forum hal ehwal islam. Skop menuntut ilmu sangat luas. Walaupun seorang yang berada di dihadapan komputer ingin mencari ilmu pun dikira sebagai menuntut ilmu. Oleh itu, tidak dapat tidak untuk untuk kita menuntut ilmu dimana-mana, dan untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran daripada Allah.

Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah. dan 4 golongan tersebut ialah ; 1) Orang yang bertanya 2) Orang yang mengajar 3) Orang yang mendengar 4) Orang yang cinta orang yang berada dalam majlis ilmu.

Maka jelaslah, betapa mudahnya kita untuk mendapat ganjaran dari majlis ilmu. Dengan hanya menyukai orang-orang yang pergi ke majlis ilmu, kita dengan mudahnya telah tergolong dalam 4 golongan yang diredhai Allah.

Dalam konteks pelajar, ilmu yang dipelajari hendaklah seimbang dunia dan akhirat. Di dalam kesibukan kita mempelajari ilmu-ilmu dunia, ilmu akhirat juga penting untuk menjadi pelengkap kehidupan manusia. Usrah-usrah dan kuliah- kuliah yang adalah peluang yang baik untuk kita seimbangkan ilmu dunia dan di akhirat. Disinilah keberkatan ilmu dapat disemai dan yang menjadi penyuluh manusia didunia. Wallahua'lam.

No comments: