7hb dec- aku bertolak ke warwick bersama rakan satu course aku, nieda.. dengan tujuan yang berlainan. dia nak jumpa rakannya maisarah disana, aku pula ingin pergi melawat sahabat2ku di sana. bertolak menaiki train ke coventry. memang macam nak gila naik train lompat. kitorang kene tukar train sebanyak 2 kali. dan masa setiap train untuk bertolak sudah ditetapkan. untuk train pertama aku tukar di sheffield, train ni takde masalah kerana train ini sampai ke sheffield dengan tepat. train yang kedua plak menuju ke birmingham, yang ni sgt bermasaalah. sebab train ni tak punctual. sebelum nak sampai station die, train ni berenti lame gile nak mati (macam komuter kat msia berenti tgh2 railway tanpa sebab). so, masa ketibaan train ke birm tak menepati seperti mana yang ditulis atas tiket, masalah kepada masa untuk train seterusnya coz dalam tiket mase untuk train seterusnya sepatutnya dah berlepas dan masa tu aku masih lagi berada dalam train yang berenti lama. kecuakan tu tak dapat digambarkan la.. ada satu lagik lawak yang aku buat kat train ke2 ni. tiket aku tiket economy class, aku n nieda dengan selambanya pegik lepak kat tempat 1st class selama setengah jam sebab tak tahu yang tiket kami ialah economy class. setelah setengah jam, kami dihalau. tapi best gak arr, dapat duduk selesa selama setengah jam. setelah tiba di warwick, aku disambut oleh adeq, akmal dan maisarah. dibawa ke bilik adeq adeq. tiada aktiviti yang best. berborak je.
8hb dec- hari yang hujan, sejuk. mencecah 1 degree di warwick. aktiviti pada harini, bermain bola di padang dalam keadaan hujan dan sejuk gila nak mati. lawan budak brunei warwick. on the way ke padang bola hujan rintik2. setelah sampai, hujan bertambah lebat. nak taknak terpaksa gak main. masa tu aku pakai kasut adeq yang ketat. gila sejuk, diibaratkan seperti bermain bola di dalam freezer. tangan aku dah pakai glove pon, kebas, tak boleh nak genggam coz tangan dah keras, nak ikat tali kasut pon tak boleh. muka pon jadi kebas, mulut tak bolah nak cakap dengan proper. tapi dengan semangat nak main, kitorang tetap main. setelah abes main, kaki aku sakit, coz pakai kasut ketat sangat, kuku aku mngalami pendarahan dalam. tapi takper, pengalaman tu yang penting. balik bilik adeq, tido. takde aktiviti yang best.
9hb dec- biasalah warwick, takde apa yang best, bandar coventry jauh, adeq, akmal, n azrol bawak aku jalan2 tesco yang mana jaraknya hanya 500meter dari hall adeq. jalan kaki je la. dan inilah kali pertama aku masuk tesco kat uk ni. beli barang2 makanan untuk makan di bilik. pada malam harinya pula, aku dibawa ke 'warwick art centre', kat dalam tu ade wayang. kitorg tgk cerita yang paling bosan nak mati, aku pun tak tau camne boleh tembus pasaran uk ni. cuber ko bayangkan, cerita ni takde plot langsung, dan setiap babak tak memberi kesan kepada babak seterusnya. intro dia tahahapehapetah. inikan pula klimaks ngan ending die, teruk nak mati. aku tak langsung encourage korang tgk cite ni, jangan tengok! nanti menyesal.. tajuk dia DARJELING LTD.. tgk trailer die bukan main mantap lagi, tapi cerita hampeh.
10dec- kitorang bersiap-siap untuk ke destination seterusnya, cardiff. berjalan ke bus stop di university of warwick, menaiki bus ke train station. menaiki train hingga ke cardiff. perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam setengah. setibanya di cardiff, kami (aku, akmal,adeq) disambut oleh adam ashraff, atau dikenali sbg adam kaka. adam membawa kami berjalan di tengah-tengah bandar cardiff. di sebelah train station itulah terletaknya stadium millenium. memang padat. biasanya kita tengok stadium utama kat malaysia mesti terletak berjauhan dari bandar, tapi di uk lain. tengah2 bandar pon ade stadium.untuk pengetahuan kepada sesiapa yang tak tahu, welsh ada bahasa diorang sendiri, setiap signboard dijalanan, mesti disertakan tulisan dalam bahasa welsh selepas english. dimana2 sahaja. setelah letih berjalan, kami dibawa ke rumah diau, terletak berdekatan dengan bandar. pada malamnya pula, kami dibawa berjalan oleh acap ipoh dan adam kaka. untuk lunch kami dibawa ke kedai makan yang murah, bernama kismet. bayar 2.5 pound, boleh makan buffet n bolah siap refill lagik. mantap. kami dibama ke talybont court, untuk melihat hall salah seorang sahabat kolej kami, anis liyana. anis memasakkan kami dinner. chicken chop. hari pertama travel dengan jalan kaki.
11hb dec- tempat pertama kami pada hari ini ialah cardiff castle. castle ini terletak di tengah bandar cardiff. sisa-sisa castle masih terdapat di tempat yang dikelilingi oleh tembok yang sangat besar. selepas itu pula kami menaiki bas yang cantik dan panjang yang berwarna ungu untuk ke cardiff bay. di cardiff bay, kami melihat pemandangan yang cantik bersama acap. mase ini acap menjadi sengal.. haha.. sorry acap.. tapi kesengalan acaplah yang memeriahkan pengembaraan kami. tamatlah pengembaraan kami di cardiff, destinasi seterusya ke southampton. perjalanan kami dengan menaiki train mengambil masa selama 3 jam. setibanya di sana, kami dijemput oleh syauqi, sahabat kolej kami. kami dibawa ke hall syauqi untuk dinner, syauqi yang masakkan nasi goreng. kami tidur dibilik salam (juga sahabat kolej kami).
12dec- hari kedua kami disoton ialah hari yang sejuk. mencecah 0 degree, pagi2 kami keluar untuk meneruskan perjalanan, air di dalam kolam pon menjadi beku. perjalanan kami diteruskan ke salisbury, bndar yang terletak di utara southampton, tujuan kami ke sana adalah untuk melihat sendiri apa yang dikatakan batu tergantung, atau dalam englishnya ; stonehenge. stonehenge terletak di tengah padang rumput dan ia jauh dari tamadun2. selepas itu kami ke tempat sejarah yang kedua iaitu old sarum. old sarum ialah tempat dimana tingglan castle yang sudah hancur, tetapi tempatnya sangat cantik. stategik. di atas sebuah bukit. sepulangnya kami dari berjalan, kami dijamu oleh serikandi soton, farhanis (ummi), naili dan adda. kami makan malam di dapur ummi. ummi sangat sibuk sehinggakan tidak berhenti memarahi kami ketika kami mengganggunya di dapur, sungguh menghiburkan. di situ kami mengadakan gathering kecil untuk budak2 kyuem batch kami. yang ada aku, adeq, akmal, ummi anis, naili, adda, salam, syauqi. akmal sangat seronok apabila bertemu dengan rakan sekepalanya naili, tak abes2 borak pasal kamera diorang. ape yang best pon aku taktau.
13dec- oleh kerana tuan2 rumah soton(southampton) semua ada kelas kami bertiga terpaksa plan sendiri untuk berjalan mengelilingi bandar southampton. aku ditugaskan untuk membuat plan sepanjang hari ini. setelah membuat research di internet, banyak tempat2 menarik yang dapat dilawati sebenarnya di bandar soton ni. mula-mula kami pergi ke tempat yang namanya st mary, disinilah terletaknya stadium untuk club southampton, yang mana sebelum ini terkenal di liga perdana inggeris. tapi sekarang hanya tinggal kenangan. kami mendirikan solat jama zohor dan asar betol2 di depan entrance stadium. sebenarnya di st mary ada terdapat surau. kami tidak tahu. mengingatkan hadis rasul.. ''dan dijadikan dunia ini masjid kamu yakni tempat kamu solat'. pengalaman bersolat di luar adalah satu pengalaman yang berharga. sejurus selepas itu, kami menuju ke tempat bernama town quay. pelabuhan yang mempunyai kawasan yang lawa. kami berehat di tepi laut sambil melihat matahari memancar laut. sungguh indah ciptaan tuhan. dan selepas itu naili membawa kami berjalan di west quay. kawasan membeli belah yang agak besar. kami singgah di kedai apple untuk bermain iphone. sangat best iphone. pada waktu malam pula, tuan2 rumah membelanjai kami pizza, kami makan di kedai pizza yang mana menjadi tumpuan pelajar islam, kerana lorong di kedai itu dipenuhi dengan kedai2 halal. sungguh terharu kami kerana sejurus selepas itu kami dijemput untuk pergi ke umah senior kolej kami dulu. judin dan ahas. kebetulan dengan program usrah mereka, kami diminta untuk menyertai mereka dalam usrah. tajuk usrah kami ialah ' borak2 sambil makan'. cool!! baru best usrah camni. takde la asyik nak dgr pengisian je. pada malam itu jugalah kami bertolak ke london untuk meneruskan travel kami. selepas ini, travel kami disertai oleh seorang lagik sahabat baik kami, hamid si kencang. huahua. kami tiba di stesen train waterloo. kami diminta berjalan sendiri ke bankside (hall hamid) sendiri. sungguh indah london pada waktu malam hari. memamg cantik.
keadaan sejuk di soton menyebabkan air menjadi ais