Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila kamu melihat kemungkaran, maka cegahlahnya dengan dengan tangan (kuasa), jika kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya pula dengan lidah, jikalau itu juga kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya dengan hati, dah demikian itulah selemah-lemah iman.
Sabda Rasulullah S.A.W: Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya.
Mencegah kemungkaran itu adalah satu perkara yang penting untuk umat islam, cuba anda bayangkan, jika setiap orang islam memikirkan bahawasanya kemungkaran hanya boleh dicegah dengan undang-undang dan kuasa, bagi yang tidak berdaya, maka mereka hanya berdiam diri menunggu pihak berkuasa untuk mencegahnya, itupun kalau pihak yang berkuasa perasan dan sedar itu adalah kemungkaran berlaku. Sudah tentu, perkara yang kecil tidak dapat dilihat oleh mereka.
Ada satu kisah tentang perkara ini (mungkin cerita ini popular dikalangan anda, mungkin cerita ini diolah tetapi masih di dalam linkungan mesej yang ingin disampaikan), pada zaman dahulu ada seorang pemerintah memerintahkan kerajaannya untuk menggali satu kolam kosong yang besar, dan memerintahkan setiap seorang daripada rakyatnya untuk mengisi segelas susu dan waktu yang diberikan untuk mengisi susu ke dalam kolam tersebut hanya pada waktu tengah malam gelap. Diharamkan sama sekali untuk rakyat-rakyat untuk pergi mengisi susu pada siang hari.
Maka adalah seorang rakyat yang bernama Ahmad, yang mana tinggal dibawah kerajaan raja tersebut. Ahmad kekurangan bekalan susu dirumahnya. Apa yang difikikarkan oleh Ahmad ialah hanya ingin menuang air kosong ke dalam kolam tersebut. Baginya, tiada siapa yang akan perasan memandangkan waktu yang diberi untuk mengisi susu itu hanya pada waktu malam. Apalah sangat kesannya jika hanya segelas air kosong dituangkan kedalam sekolam susu. Maka Ahmad bertekad menjalankan rancangannya untuk mengisi air kosong ke dalam kolam tersebut.
Pada keesokan harinya, terkejut berok raja tersebut melihat kolam tersebut hanya dipenuhi dengan air kosong! Rupanya-rupanya setiap rakyat memikirkan apa yang Ahmad fikirkan. Berang sungguh raja itu sehinggakan die memerintahkan semua rakyatnya dihukum mati (riwayat yang ditolok tambah).
Mesej yang hendak disampaikan daripada kisah raja, rakyat, susu dan kolam ialah kita sebagai muslim hendaklah merasakan tanggungjawab untuk mencegah segala kemungkaran disamping menyeru kepada kemungkaran (amar maaruf nahi mungkar). Jika dalam diri kita mengharapkan orang lain untuk mencegah padahal kemungkaran itu berlaku didepan mata sendiri. Kemungkaran akan mudah merebak dengan mudah. Dengan sekelip mata sahaja, kalau tidak dipedulikan ia akan memusnahkan masyarakat dan akhlak setiap muslim.
Tidak kiralah, kemungkaran yang telah dibuat oleh dari pihak atasan hingga ke peringkat bawahan, Cuma cara dan pendekatan yang berlainan. Ada yang menggunakan cara demonstrasi untuk menegur pemimpin, ada pula yang menggunakan cara dakwah seperti yang telah dilakukan oleh tabligh-tabligh.” As long as it fits with the situation, whatever methods will be essential”.
Cuba anda bayangkan, jika setiap orang muslim di dalam dunia ini, mempunyai rasa tanggungjawab untuk maka amanlah dunia ini. Bahkan pula mungkin untuk membentuk sebuah “daulah islamiah” itu menjadi mudah “a piece of cake”. Setiap muslim mempunyai rasa untuk menegur saudaranya. Bertepatanlah dengan hadis kedua diatas, hadisnya ringkas, tetapi memberikan makna yang mendalam. Rasulullah hanya mengibaratkan seorang mu’min kepada mu’min yang lain dengan CERMIN. Kalau nak dilihat secara kasarnya, amat simple, cermin je?
Jika dilihat sifat-sifat cermin , masyaALLAH, memang mendalam sungguh hadis rasulullah. Antara sifat-sifat cermin ialah;
1. Senyap, cermin hanya akan memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.
2. Selepas cermin itu memberi reflectionnya, jika kita tinggalkan cermin tersebut, keburukan yang terserlah, hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita melupakan terus keburukan mereka. Biarkan ia berlalu.
3. Cermin akan memberi reflectionnya sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari jam 12 tengahmalam hinggalah ke tengahari. 24 jam. Begitulah juga orang beriman akan melakukan tugasnya untuk mencegah kemungkaran 24 jam sehari semalam.
4. Cermin bukan sahaja memberikan reflection yang buruk, ia juga memberikan gambaran kecantikan kepada sesiapa yang berada dihadapannya. Maka begitulah juga umat islam, kita mestilah melahirkan rasa kagum dan bersyukur jika ada dikalangan saudara kita yang melakukan perkara baik.
5. Jika kita memecahkan cermin, serpihan-serpihan cermin itu masih ,memberikan reflectionnya kepada kita. Begitulah juga orang beriman, biarpun dimaki hamun, dizalimi, tetapi tetap juga akan memberikan sumbangan untuk mencegah kemungkaran selagi mana ianya benar.
Isi-isi tentang cermin ini diambil dari khutbah jumaat pada 16 November, Riley Smith Hall, University Student Union, University of Leeds.
5 comments:
Best!suka sangat analogy cermin ni!=D
Thaha. Minta izin diambil isi2 dalam entri cermin ni untuk ditulis kat blog aku... :)
silakan azree.. sebarkan dakwah selagi mane ia benar.. dan sesiapa yang lain ingin mengambil mane2 artikel di sini.. silakan jugee.. tidak mnjadi masaalah.. =)
hahaha.. lately byk betul kaitan cermin dlm hidup aku.. contohnye dvd "chermin" yg separuh tgk xkluar dr dvd player, entry ko plak, pastu kawan2 yg sanggup volunteer jadi cermin... well done thaha, especially gambar cukur janggut tu.. i'm sure adek ngan nuar turut berkongsi pendapat ngan aku.. heheh jgn marah.. cermin2kan diri...
membaca seluruh blog, cukup bagus
Post a Comment