Alhamdulillah, ini kali pertama aku menulis blog, secara RASMI nya, kerana sebelum ini, blog hanya ditulis sebagai suka-suka sahaja. InsyaALLAH, kali ini, blog inilah yang akan menjadi blog milikan diri ini selama mana aku berada di bumi leeds ini. ALHAMDULILLAH..
Disaat aku terdetik untuk membuat blog ini, semasa jalan pulang aku dari seminar ‘economics theory and application’. Terpikirkan akan terbazirlah kenangan & pengalaman aku sepanjang aku berada dibumi LEEDS ini, baru sahaja sebulan aku tinggal disini, tetapi aku dah banyak melalui pengalaman yang begitu banyak sekali. Maka, terciptalah blog yang rasanya tidaklah sehebat blog-blog yang telah dibuat oleh orang yang terkemuka seperti ustaz hasrizal (www.saifulislam.com), ustaz zaharuddin (www.zaharuddin.net) dan lain-lain.
Sekadar pengenalan, saya THAHA ABDUL LATEF, pelajar tahun satu di University of Leeds, dalam bidang ‘Accounting and Finance’.
Untuk pengetahuan semua, mungkin ini kali pertama menulis blog, mungkin ayat yang ditulis sedikit rasmi, insyaALLAH, selari dengan peredaran masa, sedikit sebanyak coretan saya akan menjadi lebih kepada tidak rasmi. Saya benar-benar minta maaf, sekiranya ada yang dikalangan pembaca yang sedkit anti dengan kepada orang-orang yang menghancurkan bahasa, tetapi, disini niat sebenar saya bukanlah untuk menghancur bahasa, tetapi sebaliknya, ingin menyampaikan mesej-mesej dan dakwah yang terlintas di fikiran saya dengan keupayaan ndan kemahiran bahasa yang ada. Biarlah mesej dapat difahami dengan menggunakan bahsa yang tidak berbunga-bunga, daripada mesej yang langsung tidak dapat difahami dengan ayat yang penuh dengan bunga-bunga.
Ingin diberatahu sekali lagi, coretan-coretan yang akan saya masukkan kedalam blog ini, adalah basically banyak bersumberkan dari pengalaman saya sepanjang berada di bumi LEEDS ini, bersesuaian dengan tajuk blog ini, (DPAKLC) .
9 comments:
Congrats!
Sumer pun dah ader blog nak wat luahan hati.
Moga bermanfaat.
caya la thaha..ni yg aku nak buat blog gak ni.haha.
-pejai-
wkakkkkaa
aku nak komen
11111111111
komen2
gambo tu kene amik yg clear skit ler
yg tu x nampak muka ko, pastu
bahasa ko jgn risau ler, balun jer
asal kan simple n people faham..
salam
bagus2. jadikan ia sebagai wadah untuk berdakwah sekali, inshaAllah~
jzzk
good job bro..
moga2 berpanjangan usaha ni..
ya akhi..
selamat datang ke dunia penulisan..
semoga bermanfaat..
selamat berkongsi..
ma'at taufiq wan najah..
:)
go pink!!
Tak perlu bahasa yang indah pun. Asalkan orang dapat baca dan faham.
Yang pasti jangan guna terlalu banyak short form macam kat blog orang lain. Pening aku nak baca. Entri awal kau ni kira baguslah. Hehe.
woombimbeta
[url=http://healthplusrx.com/sinusitis]sinusitis[/url]
paymounny
Post a Comment