Pada 26th october, aku pergi mengambara ke liverpool seorang diri dgn menaiki coach., sampai di liverpool, dalam lebih kurang jam 2100, aku dijemput oleh dua orang sahabat kolej aku di sane, remy n acap kucing (skrg dikenali sebagai acap john moorse). alhamdulillah, atas nikmat kesihatan dan masa lapang, aku di beri kekuatan untuk sampai ke bumi liverpool, bndar yang penuh bersejarah, esp sejarah bolasepak nya, siapa tak kenal dengan kelab liverpool, selain memenuhi tuntutan alquaran untuk mengembara, misi aku sepanjang berada di bumi UK ini adalah untuk melawat ke semua stadium english premier league yang terkemuka.. insyaALLAH..
biarpun hanya meninjau2 di luar pagar, tetapi sekadar untuk merasai bagaimana suasana stadium sebenarnya, kerana sebelum ini, di malaysia, stadium hanya ditonton di padang dari televisyen. tetapi sekarang ni diberi peluang untuk merasai sendiri suasana sekeliling stadium. ALHAMDULILLAH, aku diberi layanan yang tidak terhingga sepanjang aku berada di liverpool. Terima kasih kepada Remy, yang memberikan aku tempat tidur dan makanan di sana. dan tidak lupa juga kepada acap john moorse, yang selalu memberikan pertolongan sepanjang aku berada disana.
Bandar liverpool agak besar jika nak dibndingkan dengan bandar leeds, dan university of leeds lebih cantik jika nak dibandingkan dengan university of liverpool (sorry, remy), dan of course la lawa dari john moorse (haha, acap!!)huhu.. dan pada hari pertama aku dibawa jalan di bandar liverpool (pagik), dan pada waktu petangnya pula, kami bertiga berjalan untuk melihat stadium Anfield Stadium dan Goodisan Park Stadium. Kami berjalan dari bndar ke stadium dalam lebih kurang 40 minit. Sampai kat stadium je, waktu dah gelap dah, dalam kol 5.30 ptg.. tangkap2 gambar dan pulang dengan menaiki bas. aku pulang ke leeds semula pada 27th october. Banyak pengalaman yang aku timba, bile berjalan jalan seorg diri ni.. Semoga aku diberi peluang untuk mengembara ke bandar2 lain pula.. Amin..
10/28/2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bejalan je kejenya.. ishk3.. semoga jumpa "mutiara2" uk.. all the best
Post a Comment