3/11/2008

PERHATIAN : pertukaran dr blogspot ke wordpress

untuk perhatian sahabat2 sekalian, ana sudah bertukar blog ana kepada link berikut...


http://www.ibnulatef.iluvislam.com/



wassalam...

2/20/2008

renungan: SIBUKKAN DIRIMU

Suka saya meng'quote'kan kata-kata ustaz hasrizal dalam entrynya..

“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”

(saifulislam.com)

sampai bila kita nak hidup dalam tempurung? tempurung yang mana dikatakan medan untuk memperbaiki diri, sampai bila kita mahu hidup di dalam keadaan kita sendiri sahaja, tanpa mempedulikan rakan-rakan diluar tempurung? keluarlah wahai sahabat, keluarlah dari tempurungmu itu, libatkanlah dirimu itu dengan keadaan di luar tempurungmu itu, kerana diluar sana menjanjikan kejayaan kita, ALLAH telah berjanji, Islam akan bangkit semula suatu hari nanti, tanyalah diri sendiri, adakah aku tergolong dalam orang-orang yang menaikkan martabat islam didunia, ataupun sebaliknya.. fikirkanlah...

fikir2kanlah wahai sahabat, jika ada dosa yang kita lakukan, maksiat-maksiat yang tidak berguna, tanyalah dirimu sendiri...adakah masa lapangmu itu yang menjadi pembunuhmu..??

sekian wassalam..

2/01/2008

renungan:TIADA KEKUATAN MELAINKAN ALLAH S.W.T

''LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ALIYIL A'ZIM''

''tiada kekuatan dan daya melainkan dari ALLAH yang maha tinggi lagi maha mulia''


berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita mnghubungkan diri kita dengan ALLAH, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. sedangkan Saidina Umar R.A memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh rasulullah S.A.W..

disini saya ingin mengajak rakan-rakan menghayati kata-kata zikir yang terkandung dalam zikir yang ditulis diatas. walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. tidak berkuasa. dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan ALLAH. malahan kuasa tersebut dkurniakan oleh ALLAH, bukan untuk kita kufur kepadaNYA, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA.

selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak ALLAH semata-mata. jika ALLAH tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. tetapi apabila ALLAH menyebut 'kun', maka 'yakun' lah apa yang dikehendakiNYA.

oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. insyaALLAH, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. kerana apabila manusia terus-menerus mengingati ALLAH sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang ALLAH taqdirkan.




1/07/2008

renungan: DUA PULUH DUA??

RESOLUSI TAHUN BARU - MEMBERI TANPA MENGHARAP PENERIMAAN DARI MAKHLUK..

bismillahirrahmanirrahim..

kepada yang selalu membuka saifulislam.com, ayat pasti 'erti hidup pada memberi' ialah perkataan yang sudah tepu di dalam pembacaan dan pendengaran. setelah lama mendengar tanpa menghayati apa yang ingin dimaksudkan oleh ustaz, menjadikan ayat ini satu ayat yang biasa dan tiada keistimewaan dalam hidup. tetapi setelah menghayatinya, dan mendengar apa sebenar yang ingin ustaz maksudkan, barulah aku sedar, bahawa hidup manusia mestilah berteraskan kepada pemberian tanpa langsung menjangka penerimaan. dan penerimaan yang sepatutnya kita jangkakan ialah penerimaan yang hak iaitu keredhoan yang maha kuasa.

disini kita dapat klasifikasikan konsep 'pemberian' ini kepada 2 bahagian. pemberian kepada kholiq ALLAH yang maha besar, pemberian sesama manusia/makhluk.


pemberian tanpa mengharapkan penerimaan dari tupai


ok firstly, merujuk kepada apa yang aku dapat semasa menghadiri kem PUISI, begin with the end in mind. setiap kehidupan mampunyai tujuan. tanpa tujuan sia-sialah hidup kita. tiada makna. mahukah kita menjadi orang-orang yang tiada tujuan hidup?? diibaratkan seperti bermain bola di tengah padang, dipenuhi dengan penonton, tetapi tiada tiang gol. kemanakah bola itu hendak disepak?, dan juga seperti bermain golf di padang yang berharga jutaan ringgit, tetapi langsung tiada lubang untuk pemain pukul untuk masuk, ke mana bola golf tersebut hndak di pukul?

mahukah kita melihat hidup kita sia-sia selepas mati? bagaikan sampah yang dibuang untuk dilupuskan. tiada guna. cuba fikirkan, ALLAH tidak jadikan makhluknya dengan sia-sia. terutamanya manusia. manusia diciptakan ALLAH dengan beberapa tujuan. tujuan ALLAH menjadikan manusia ialah untuk BERIBADAT kepadanya (a'bid), menyebarkan DAKWAH agamanya (daie) dan akhir sekali menjadi KHALIFAH di atas muka bumi (khalifah).

pemberian pertama yang hendak dimaksudkan disini ialah pemberian kepada ALLAH. pemberian inilah yang sepatutnya kita laksanakan sebelum melaksanakan pemberian yang lain. tujuan hidup itulah sebenarnya pemberian yang hak untuk kita tunaikan untuk ALLAH. dan jangkaa kepada penerimaan untuk pemberian ini hanyalah untuk mendapatkan redhoNya. dan penerimaan ini adalah penerimaan yang hakiki. dan setiap pemberian mestilah merebuti penerimaan ini.

bagaimanakah kita ingin penuhi 'pemberian' kepada ALLAH?

1. BERIDABAT KEPADANYA SEPANJANG MASA.

didalam ayat quran sudah jelas dinyatakan. Dia tidak jadikan manusia melainkan untuk beribadah. ada pengecualian disitu. Dia tidak berkata, aku jadikan manusia untuk beribadah kepadaku-tiada pengecualian, ayat ini, bermaksud, menyuruh menyembahNya, pada masa yang sama, kita boleh menyembah yang lain. bukan itu yang ALLAH maksudkan.

untuk mempejelaskan lagi, aku bagi
contoh dua ayat yang sama tapi berbeza (ingat! ini adalah contoh sahaja, tiada kene mengena yang hidup ataupun yang mati). bayangkan anda adalah seorang wanita yang sedang mendengar kata2 cinta dari lelaki. ada 2 lelaki disini. lelaki pertama berkata ; aku cinta padamu. dan lelaki kedua pula berkata ; tiada yang kucinta melainkan dirimu. kalau-kalau nak difikirkan, lelaki mana yang akan menjadi pilihan anda? tentulah lelaki yang kedua kan?. ini kerana lelaki pertama mempunyai kebarangkalian untuk mencintai wanita lain bahkan lelaki yang kedua tidak. begitulah juga apa yang ALLAH maksudkan. kita tidak langsung dijadikan selain beribadah 24jam. dalam konteks ibadah, ia terbahagi kepada 2. umum dan khusus. ibadah bukan sahaja dihadkan kepada 'semayang' dan ' pose' sahaja. tetapi dirangkumkan kepada seluruh tindakan kita sepanjang kita hidup. oleh itu, tidak kira apa yang sedang kita lakukan, ia mestilah berteraskan ibadah keranaNya.


2. BERDAKWAH UNTUK MENEGAKKAN KEMBALI AGAMA ALLAH.


kewajipan berdakwah jelas diterangkan, tidak kira samada di dalam alquran ataupun hadis. 'amar maaruf nahi mungkar' adalah salah satu istilah yang disebut didalam alquran. tetapi sejauh manakah kita menghayatinya? kita lihat sahajalah apa yang berlaku di negara kita sendiri, dalam televisyen, sudah terbukti 'hiburan' adalah agenda utama pihak media untuk melariskan rancangannya. kadang-kadang terkilan melihat cerita remaja zaman sekarang. pengaruh barat terus menjadi-jadi teruk. dari sudut pergaulan, pemakaian sudah sama dengan apa yang dikatakan 'zaman jahiliyah'. inilah realitinya, negara kita menegakkan binaan negara islam
di atas binaan jahiliyah. tidak kiralah, apa konsep islam pun hendak direka, islam hadari? hmm.. fikirkanlah. hendaklah kita sedar, untuk mewujudkan sebuah negara islam, bukan dengan menegakkannya di atas binaan jahiliyah. kita mesti runtuhkannya. runtuhkan segala pengaruh-pengaruh barat yang tahapehapetah. barulah boleh kita tegakkan negara islam. membina negara di atas runtuhan jahiliyah. barulah tertegaknya apa yang dikatakan dalam quran, 'baldatun toyyibun, wa robbun ghofur', negeri yg baik dan tuhan ampuni.



melihatkan kejatuhan khilafah uthmaniyyah pada tahun 1924, dari tangan sultan abdul hamid oleh mustafa kamal attartuk di turki, islam bertukar kepimpinannya dari pemerintahan 'raja yang menggigit kepada pemerintahan 'raja yang mencengkam' = diktator. sekarang jelas kejatuhan khilafah islamiyah. dan nabi muhammad pernah bersabda, selepas pemerintahan 'raja yang mncengkam' akan datang pula pemerintahan khilafah semula atas manhaj kenabian. bermakna suatu masa nanti khilafah islamiyah akan tertegak semula. itu janji nabi. mahukah kita tergolong dalam orang2 yang berjuang untuk menegakkanya? bagaimanakan caranya?



khalifah islam yang terakhir selepas kamal attartuk mengusai turki (1924)



sejak kejatuhan khilafah uthmaniyah, umat islam tidak pernah berputus asa untuk menegakkan kembali semula khilafah tersebut. maka terbentuklah jemaah2 seperti ikhwanul muslimin dan sebagainya. jemaah2 inilah yang bertungkus lumus untuk memastikan islam tertegak semula. sampai sekarang pun banyak jemaah yang turut mengikuti jejak langkah ikhwanul muslimin. kita bagaimana? adakah kita termasuk dalam golongan tersebut? golongan yang mana ingin mengakkan kembali daulah islamiyyah. mempunyai matlamat yang jelas dan jauh. pikir2kan.




3. KHALIFAH DI MUKA BUMI.

manusia dijadikan dengan mempunyai akal dan nafsu. manusia perlu menjaga amanah ALLAH di atas segala apa yang ada di atas muka bumi ini dengan menggunakan akal yang diberi. sesungguhnya semasa ALLAH melantik manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini, semua malaikat tidak bersetuju, kerana mereka tahu manusialah yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi ini, menumpahkan darah sesama manusia. tetapi ALLAH menjawab, DIA lebih tahu segala2nya. jadi, jangan kita sia siakan keistimewaan yang kita ada. (rujuk surah albaqarah muka surat ke5).

manusia sebagai khalifah dibumi untuk mentadbir alam dengan sebaiknya


bagaimana pula untuk memenuhi 'pemberian' sesama makhluk?

makhluk ciptaan ALLAH banyak, tapi apa yang aku nak tekankan kat sini pemberian kepada sesama manusia terutamanya sesama sahabat dan suami isteri. pemberian yang bermakna ialah pemberian yang tidak langsung mengharapkan penerimaan dari makhluk. cuba bayangkan satu dunia manusia memberi tanpa mengharap penerimaan, maka amanlah dunia ini. untuk perjelaskan maksud aku, aku beri beberapa contoh dan cuba bandingkan yang mana yang terbaik.

contoh pertama ialah dalam rumahtangga.
scenario pertama; seorang suami pulang ke rumah dari tempat kerja. suami itu mengatakan, jika isteri aku tak senyum, tak sediakan air oren dan tak masak goreng pisang, aku tempeleng dia. si isteri pulak berkata, dahla aku penat jaga anak, dia tu sedap je duduk dalam aircond keje, ntah keje ke tidak, kalau tak bawak balik makanan ape2 aku tak nak senyum. scenario kedua pulak; seorang suami pulang ke rumah, dengan senyuman yang manis, tidak menjangkakan apa2 dari isteri apabila ia pulang, dan isterinya pula, menyediakan air, goreng pisang dan rotan untuk suaminya sebelum pulang tanpa menjangkakan apa2 dari suaminya.

kita boleh lihat keadaan dua rumahtangga yang berbeza sungguh keadaannya. keadaan yang manakah yang anda inginkan? pasti dan sudah pasti setiap daripada anda akan memilih keadaan yang kedua, suami dan isteri, masing-masing tidak langsung menjangkakan penerimaan bahkan, memberi seikhlas hati. dijamin bahagia sampai bila-bila. pasangan yang kedua pula masing2 menjangkakan penerimaan, maka langsung tidak akan bahagia.

dalam konteks persahabatan pula; ahmad dan ali bersahabat, mereka tinggal bersama di sebuah rumah, berkongsi dapur. ahmad ke dapur dan dia melihat pinggan di atas sinki yang tidak dibasuh.
scenario pertama; ahmad membasuh pinggan tanpa ada langsung komplen, dan ali tersentuh, ukhuwah mereka menjadi mantap. ali berazam untuk membasuh pinggannya sendiri dan akan membasuh pinggan yang ahmad tinggal. scenario kedua; ahmad bengang dan memarahi ali kerana tidak basuh pinggan selepas makan. mereka bertengkar dan tidak bertegur walaupon tinggal serumah.



ali dan ahmad dalam contoh diatas (bukan nama sebenar)


apa salahnya ahmad membasuh pinggan, mungkin ali ada sesuatu yang penting untuk diselesaikan, mungkin juga ali terlupa untuk basuh pinggannya selepas makan. berbaloikah hubungan kedua2 sahabat tersebut putus hanya disebabkan ali tidak membasuh pinggan. dendam kesumat dalam diri membara membuatkan ali berasa ingin membalas dendam. jadi, memberilah kepada makhluk allah tanpa mengharapkan penerimaan. tidak ada ruginya, kita akan mendapat ganjaran daripada ALLAH, dan Dia tidak akan terlupa untuk membalasnya. haraplah penerimaan dari ALLAH, jangan mengharap penerimaan dari manusia.

mungkin contoh2 diatas, adalah sangat pelik. tapi itulah yang penting. dan ia sangat memberikan kesan kepada diri ini. sangat-sangat ingin memberi tanpa mengharap apa-apa dari makhluk ALLAH (resolusi tahun baruku).



sejauh manakah resolusiku ditunaikan?


dua puluh dua adalah umurku untuk tahun ini....

1/04/2008

renungan: KELEBIHAN ALFATIHAH (brdsrkan pengalaman aku sndiri)


ayat alquran adalah penawar, penyelesai segala masaalah, malah ayat quran juga dijadikan untuk ubat kepada penyakit-penyakit fizikal, apatah lagi ia juga menjadi ubat kepada hati. saidina umar r.a., yang mana sebelum beliau memasuki islam, beliaulah anatara orang terkuat menentang islam, tapi hanya dengan mendengar ayat alquran, surah thaha, hati beliau serta merta jadi lembut. dan sejak pada itu beliau masuk islam dengan seikhlas hati, dan beliaulah antara pahlawan sejati umat islam islam, banyak sumbangannya kepada islam. lihatlah betapa tingginya darjat ayat ayat tuhan ini. hati yang rasanya mustahil untuk diubah walaupun diberi wang dan pangkat, tapi hanya diubah dengan bacaan ayat alquran sahaja.. ajaib kan?

hanya padamu ya ALLAH tempat bergantung


sorila, intro kat atas tu dah cukup formal abis dah, untuk seterusnya ini, aku malas nak wat formal, takut msg yang aku nak sampaikan tak sampai, baik aku gune bahasa sempoi2 je la eh..

apa yang aku nak utarakan sekarang ialah pengalaman aku dengan surah alfatihah. ade 4 cerita. sebelum tu nak bagitau mi aku yang ajar aku (beliau seorg pendakwah bebas di ibukota), supaya membaca alfatihah dikalamana kita berada dalam keadaan genting, dan tiada siapa yang dapat tolong kita dah mase tu, mi kate baca fatihah banyak2 kali, dengan yakinnya ALLAH akan tolong.

cerita pertama baru je berlaku semasa aku di kem buti jati, kem btn. kami dibahagikan kepada 11 kumpulan, dan setiap kumpulan ade bilik khas untuk sesi ldk, pada malam pertama kami berLDK, lampu yang ada dalam bilik LDK kami tidak mnyala, ini kerana fiusnya dah rosak. mula-mula aku buat bodoh je, sebab malas nak start awal, tapi biler sume dah buntu nak baiki lampu dan tiada seorg pon yang berjaya mnghidupkan lampu itu, aku dengan rasa tanggungjawab, menggunakan fius yang digunakan oleh rakan rakan sekumpulanku untuk cuba mnghidupkan lampu tapi gagal. dan tiba2 teringat pesanan mi, aku teros baca surah alfatihah sambil membetulkan fius itu, dengan penuh keyakinan! dalam otak masa pikir boleh! boleh! boleh punya, ALLAH akan nyalakan lampu kalau DIA nak, lampu itu tetap tak mnyala, aku hampir berputus asa diwaktu, tibe2 disaat aku ingin lepaskan tangan aku dari lampu itu(putus asa), tiba tiba lampu itu terbuka! ALHAMDULILLAH..

cerita kedua plak, berlaku pada tahun lepas, masa tu aku mnghadiri satu kem, di banting, ramai gak arr budak kolej aku join skali masa tu, pada satu malam kami mngadakan aktiviti outdoor yang lasak, yang mana kami perlu mninggalkan segala barang-barang berharga kami seperti hp dan beg duit, takleh bawak ke aktiviti tu, setelah abes aktiviti aku, kitorg bersiap sedia untuk tido, sebelum tidur, aku cek la barang- barang berharga aku balik, cek punye cek, tengok2 beg duit aku hilang! cuak nak mati tau tak masa tu! dahla ic, duit blanja yg mak aku bagik, resit2 penting, kertas warranty, gambar2 berharga suma ada dalam tu! kalau hilang tak taula camne aku nak carik balik penggantinya semula! tapi tetiba aku teringat, pesanan mi, dan malam tu sambil usaha mencari wallet aku, aku tak henti2 baca fatihah dan yakin ALLAH akan mempertemukan semula wallet aku tu semula, tapi tak jumpe juga, balik ke bilik dgn kecewa, sambil mulut tak abes2 mmbaca surah alfatihah.
pada keesokkan harinya, aku menghadiri kem dgn tak semangat sebb wallet dah hilang.. aku hampir putus asa.. sehinggalah berita ini sampai ke telinga sahabat aku, dan sahabat aku tu trus bgtau aku bhw dia tau dimana wallet aku berada,.

ya ALLAH, kau yang maha besar


"weh, wallet ko ada kat muslimat la!, dia tolong simpankan barang-barang kita, dan malam tadi semua budak dah amek dari muslimat tu, kecuali ko!.." kata sahabatku itu.

yaALLAH, aku terlupa! aku sebenarnya telah mmberikan wallet itu kepada seorang muslimah untuk mnjaganya, sepanjang aku berada dalam aktiviti lasak tu! ALHAMDULILLAH, akhirnya aku dapat kembali wallet aku.

nak dikatakan kalau kita yakin dengan ALLAH, insyaALLAH, DIA akan membantu kita walau ape cara sekalipon. so, bila teringat balik, macam tak caya, ALLAH masih lagi mahu membantu aku. itu maknanya ALLAH masih sayangkan aku lagik, ALHAMDULILLAH... sejak dari peristiwa itu, keyakinan aku terhadap ayat alquran lebih bertambah.


yang last ni plak berlaku semasa aku di leeds, baru2 ni aku nak ke dublin, ireland, untuk menghadiri salah satu program yang dianjurkan oleh ppimi, salah sebuah persatuan pelajar di ireland. bende ni berlaku semasa aku dan rakan2 di leeds bradford airport. dalam tiket, kami dijadualkan berlepas pada jam 1335. kami sampai di situ lebih kurang jam 1100. sungguh awal sekali. kami pergi melepak2 di kedai kopi sambil minum mocha. terleka punya terleka, jam sudah sampai pukul 1300. dlm pikiran kitorg awal lagik. tp mase beratur untuk security panjang gile, mmg dah cuak masa tu. beratur punye beratur, jam sudah pukul 1330. kami masih belom melepasi security tersebut.

mengingatkan nasihat ibu di malaysia dahulu, suruh baca fatihah or bace bismillahi tawakkal ala ALLAH, aku tros membaca dengan sepenuh penggantungan kepada ALLAH. sejurus selepas itu, kami terus melihat screen untuk melihat flight kami samada sudah berlepas atau tidak. ALHAMDULILLAH, tiba2 aku terbaca di screen tersebut.. menulis.. LEEDS-DUBLIN, DELAY TO 1415. sangat bersyukur. maka kami semua teus menaiki flight teros dengan lege.


leeds bradford airport


ade lagik sebenarnya kisah aku, ni pasal bukak kunci plak, secara ringkasnya, kunci yang aku pakai untuk buka rumah macam tak boelh pakai dah, tapi aku cube bukak jugak pakai kunci tu, sambil membaca alfatihah, disaat akhir aku ingin mlepaskan tangan untuk berputus asa, pintu rumah itu dapat dibuka! MASYAALLAH! sungguh agung kalimahmu yaALLAH..



kesimpulannya, disetiap saat tak kiralah semasa kita sesak ataupon terdesak, ataupun senang, yakinlah dengan ALLAH, dan kalimahNYA, dan jadikanlah ayat alquran sebagai bacaan harian kita, seperti juga rutin harian kita membaca suratkhabar, soccernet.com, manutd.com, chelseafc.com dan sebagainya, dengan mnjadikan ayat quran sebagai amalan, insyaALLAH, kehidupan kita akan jadi lebih baik, PERCAYALAH!

wassalam..

1/03/2008

LEEDS DISELUBUNGI SALJI

SUBHANALLAH..!! ALLAHUAKBAR..!! ALHAMDULILLAH..!!

pada pukul 8.30pagi, 3 january 2008, aku dikejutkan oleh sahabat flat aku.. afif menjerit..

'bangun2, snow weh..!!'

haaa, dengan muka mamainya, aku terus mencapai langsir dan terus menyelak langsir untuk melihat sendiri kebenaran jeritan afif. subhanallah! betol, menerusi tingkap aku yang viewnya yang tak cantik langsung, kelihatan salji turun dengan lebatnya. aku terus menjerit..

'weh, siap2, jom main snow, kang habis, rugi'

kami masing2 menyiapkan diri untuk ke padang bola di depan hall kami, sambil menangkap gambar dan video. abis satu padang kitorang sepah-sepahkan. siap buat snowman yang comel. setelah sejam berada di padang bola kami semua puas. dan dalam kebekuan. kami pulang dengan seronoknya.

sesampainya di bilik, masing-masing menghadap laptop untuk meng'upload' gambar dan video dan gambar, esp dalam youtube dan friendster. hilfi siap buat video presentation. mantap. lihatlah video, yang dibuat oleh hilfi. hayatilah.