11/24/2007

MUSCOM 0406 VS MUSCOM 0507

The Musolla Committee (MUSCOM) of KYUEM is one of the major societies in this college. We deal with the religious affairs of the Muslim students, apart from conducting various events regarding public awareness. The Muslim individuals in this college are led by MUSCOM under the close supervision and guidance of the body’s advisors, Ustaz Malikie and Ustazah Husna.

Throughout the one-year tenure from 2006 to 2007, MUSCOM has had various successful events. One of the major events held was the annual Islamic Aspiration Week (IAW). Most of the activities held during this week reflected the theme of the event, “Science and Religion: Two Sides of The Same Coin.”


The annual MUSCOM second-hand book sale was also another successful event. The committee members worked extremely hard to collect books from the seniors who were leaving the college. MUSCOM sold the books at affordable prices to the juniors and fellow batch mates. The unsold books were donated to the Resource Center of KYUEM.


We had also organized three blood donation drives throughout this term, which were held on the 4th of April, 3rd of May and 6th of September 2006 in collaboration with the Slim Rover Hospital. The participation of the students and staff each time was very encouraging. It is hoped that the drives have created an awareness among us about the importance of taking the responsibility to help others in need.


Another project was the charity visit to Rumah Solehah; a place accommodating children infected with HIV and to Rumah Aman; a charity house sheltering unfortunate boys aged three to seven. Sharing laughter and joy with the children had taught the participants the value of being thankful for what they have and the need to be generous to others. Indeed, the value of life is measured by the number of lives it touches.


Furthermore, we had also played our role in promoting important events in the Islamic Hijri calendar such as Ma’al Hijrah, Maulidurrasul, Isra’ wal Mi’raj, the coming of Ramadhan and the two Eids. Relevant activities like talks by outsiders, forums and games were held to promote these events, apart from strengthening the bond between the small society of this college.


The most successful event organised by MUSCOM was the Muslim Youth Camp, which was once again held in collaboration with Fitrah Perkasa; a prominent Islamic firm providing trained motivators and speakers. The aim of the three-day course was to nurture the fundamental values of Islam in the participants so that they could lead the true Islamic Way of Life.

All these events were made successful by the cooperation of five Syu’bah in MUSCOM. Apart from organising such events, the specific tasks for each Syu’bah include the production of ODYSSEY, the MUSCOM’s magazine and the weekly Nur Jumaat by the Multimedia Syu’bah. Articles were pasted on the MUSCOM board and these were weekly updated by the Special Task Syu’bah. The Economics and Welfare Syu’bah on the other hand had organized fundraising projects in the span of year, obtaining a net profit of over RM1500. The Usrah and Leadership Syu’bah worked hand in hand with the Musolla and Ibadah Syu’bah to organize activities at the college Musolla, Musolla As-Saad.


Finally, the MUSCOM of session 2006/2007 hopes that all the programmes held has benefited every individual of the community and we look forward to seeing the success of the coming generations of MUSCOM in future, with the continuous support and encouragement from everyone in this college.



website: muscom.blogspot.com.


musalla as saad


muscom 04-06 (males)


muscom 05-07 (males)






11/19/2007

renungan:TELADAN DRPD KISAH SA'AD AS-SULAMI

ABBAS berkata: "Suatu hari, datang Sa'ad bin Assulami kepada Rasulullah dan berkata: "Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?" Lalu Rasulullah bersabda: "Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya."

Maka Sa'ad berkata: "Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini, tetapi semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan hodoh".

Sa'ad berkata lagi: "Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik iaitu suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu saya."

Kemudian Rasulullah bertanya kepada yang hadir: "Adakah Amru bin Wahab yang baru masuk Islam daripada suku Tsaqief berada di sini?"

Maka yang hadir berkata: "Tidak ya Rasulullah."

Lalu Rasulullah bertanya kepada Sa'ad: "Adakah kamu mengetahui di mana rumahnya?"

Sa'ad berkata: "Ya, saya tahu di mana rumahnya, ya Rasulullah."

Rasulullah berkata: "Pergilah kamu ketuk rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu beri salam kepadanya. Apabila dia mengizinkan kamu masuk, maka katakan kepadanya bahawa Rasulullah mengahwinkan aku dengan puterinya."

Amru mempunyai seorang puteri yang cantik dan cerdik iaitu Atiqah.


Sa'ad meminang puteri Amru

Selepas Sa'ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan baik walaupun Amru tidak berapa senang dengan kedatangannya disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh.





Amru semakin tidak senang apabila Sa'ad menyampaikan kata-kata Rasulullah. Dia menolaknya dengan cara kasar hingga menyebabkan Sa'ad keluar dan terus bertemu Rasulullah.

Selepas Sa'ad pergi, maka puterinya berkata: "Wahai ayah, carilah selamat sebelum turunnya wahyu membuka perbuatan kamu. Jika benar Rasulullah mengahwinkan aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati terbuka dan rela atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku."

Maka pergilah Amru ke majlis Rasulullah dan dia ditegur oleh orang yang berada di situ: "Jadi kamulah orang yang menolak pinangan Rasulullah?"

Amru berkata: "Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku sangka dia berdusta. Apabila aku dapati dia benar maka aku terima dia dan sedia mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan sampai Allah dan Rasul-Nya menjadi murka."

Selepas itu, Sa'ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah memberitahu khabar itu kepadanya dan menyuruhnya pergi kepada isterinya.

Kesempitan wang untuk berkahwin

Lalu Sa'ad berkata: "Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu sebagai nabi, saya sesungguhnya tidak ada wang dan saya terpaksa minta daripada saudara saya."

Rasulullah berkata: "Mahar untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga orang daripada kaum mukminin. Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi kepada Abdurrahman bin Auf, kamu akan mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib, juga sebanyak 200 dirham."

Maka Sa'ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut Rasulullah, kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada 200 dirham dan akhir sekali ke rumah Ali, juga menerima lebih 200 dirham.


Panggilan Jihad


Sebaik saja Sa'ad mendapat wang itu, dia pergi ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya, tetapi tiba-tiba dia mendengar suara yang mengatakan: "Hai kuda Allah, bergeraklah kamu!

Kemudian Sa'ad mendengar suara Rasulullah berkata: "Keluarlah kamu untuk berjihad! keluarlah untuk berjihad!"

Maka Sa'ad memandang ke langit sambil berdoa: "Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan kepada Muhammad maka akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan Rasul."

Sa'ad menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai lalu dia menguatkan ikatan serban serta pinggangnya. Dia memakai topi yang cuma kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di barisan depan Muhajirin hingga semua orang bertanya kepada Ali.

Maka Ali berkata: "Biarkan, mungkin dia dari Bahrain atau dari Syam dan mungkin dia datang untuk menanyakan agama sebab itu dia ingin mengorbankan diri untuk keselamatan kamu."

Kemudian Sa'ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta memenggal kepala orang kafir.

Sa'ad berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat lagi, maka dia pun turun daripada kudanya, dia menyinsing lengannya maka dilihat oleh Rasulullah lengannya yang hitam, lalu Rasulullah berkata: "Adakah kamu Sa'ad?"

Maka Sa'ad mengaku dan terus menghadapi musuh. Akhirnya beliau gugur sebagai syahid.






Sebaik saja Sa'ad gugur, Rasulullah segera mendapatkannya lalu mengangkat kepalanya dan diletakkan di atas pangkuan Baginda sambil mengusap tanah yang melekat di mukanya.

Baginda bersabda: "Alangkah harum bau kamu, alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu."

Rasulullah menangis dan kemudian tertawa, lalu Baginda memalingkan mukanya serta bersabda: "Kini dia sudah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah."

Selepas Rasulullah berkata demikian maka Abu Lubabah bertanya: "Ya Rasulullah, apakah Haudh itu?"

Maka Rasulullah pun menerangkan: "Haudh itu ialah telaga yang diberikan Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan'aa Yaman hingga Busra, di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu, barang siapa yang minum sekali, maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya. "

Kemudian Rasulullah ditanya lagi: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan kemudian ketawa dan terus berpaling muka daripadanya? "

Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis kerana rindu kepada Sa'ad dan aku tertawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya.

Aku berpaling daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang terdiri daripada bidadari berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis mereka, maka aku pun memalingkan segera mukaku kerana malu."

Kemudian Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Sa'ad untuk diserahkan kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah.

Selepas itu, Rasulullah memberitahu Amru (mentua Sa'ad), "Sesungguhnya Allah mengahwinkan Sa'ad dengan bidadari yang lebih cantik daripada puteri kamu."

"Tulisan, Tan Sri Dato' Seri Prof Dr. Hj. Mohd Najib Bin Hashim Naib Canselor, University of Malaya"
"juga diulas oleh Ustaz Fadhil dalam usrah 17november 2004, sentinel towers, leeds"

11/18/2007

DARI AMPANG KE LEEDS 2 (VIDEO VERSION)






"video ini telah diedit oleh saudara hilfi dan dibantu oleh saya sendiri pada 17november 2007"

11/16/2007

diary kembara : BRAMALL LANE STADUIM

Sheffield United 0-3 Arsenal, Bramall Lane Stadium.

Eduardo 12, 67
Denilson 55



abang tariqku, thanx abe..!!


bersama abang jijan bmw 3 =P


abe tariq yang gemuk bersama member bujangnya


eduardo and denilson scorer of the night


abe bersamaku berposing semasa sesi latihan

belakang tu gilberto silva tu..!!

nih bukti aku masuk tengok match bukan super impose tau

next match (manutd vs sporting lisbon), hehe.. ada jealous ka?


MU’MIN SEBAGAI CERMIN SAUDARANYA

Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila kamu melihat kemungkaran, maka cegahlahnya dengan dengan tangan (kuasa), jika kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya pula dengan lidah, jikalau itu juga kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya dengan hati, dah demikian itulah selemah-lemah iman.


Sabda Rasulullah S.A.W: Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya.



Mencegah kemungkaran itu adalah satu perkara yang penting untuk umat islam, cuba anda bayangkan, jika setiap orang islam memikirkan bahawasanya kemungkaran hanya boleh dicegah dengan undang-undang dan kuasa, bagi yang tidak berdaya, maka mereka hanya berdiam diri menunggu pihak berkuasa untuk mencegahnya, itupun kalau pihak yang berkuasa perasan dan sedar itu adalah kemungkaran berlaku. Sudah tentu, perkara yang kecil tidak dapat dilihat oleh mereka.


Ada satu kisah tentang perkara ini (mungkin cerita ini popular dikalangan anda, mungkin cerita ini diolah tetapi masih di dalam linkungan mesej yang ingin disampaikan), pada zaman dahulu ada seorang pemerintah memerintahkan kerajaannya untuk menggali satu kolam kosong yang besar, dan memerintahkan setiap seorang daripada rakyatnya untuk mengisi segelas susu dan waktu yang diberikan untuk mengisi susu ke dalam kolam tersebut hanya pada waktu tengah malam gelap. Diharamkan sama sekali untuk rakyat-rakyat untuk pergi mengisi susu pada siang hari.


Maka adalah seorang rakyat yang bernama Ahmad, yang mana tinggal dibawah kerajaan raja tersebut. Ahmad kekurangan bekalan susu dirumahnya. Apa yang difikikarkan oleh Ahmad ialah hanya ingin menuang air kosong ke dalam kolam tersebut. Baginya, tiada siapa yang akan perasan memandangkan waktu yang diberi untuk mengisi susu itu hanya pada waktu malam. Apalah sangat kesannya jika hanya segelas air kosong dituangkan kedalam sekolam susu. Maka Ahmad bertekad menjalankan rancangannya untuk mengisi air kosong ke dalam kolam tersebut.


Pada keesokan harinya, terkejut berok raja tersebut melihat kolam tersebut hanya dipenuhi dengan air kosong! Rupanya-rupanya setiap rakyat memikirkan apa yang Ahmad fikirkan. Berang sungguh raja itu sehinggakan die memerintahkan semua rakyatnya dihukum mati (riwayat yang ditolok tambah).



Mesej yang hendak disampaikan daripada kisah raja, rakyat, susu dan kolam ialah kita sebagai muslim hendaklah merasakan tanggungjawab untuk mencegah segala kemungkaran disamping menyeru kepada kemungkaran (amar maaruf nahi mungkar). Jika dalam diri kita mengharapkan orang lain untuk mencegah padahal kemungkaran itu berlaku didepan mata sendiri. Kemungkaran akan mudah merebak dengan mudah. Dengan sekelip mata sahaja, kalau tidak dipedulikan ia akan memusnahkan masyarakat dan akhlak setiap muslim.


Tidak kiralah, kemungkaran yang telah dibuat oleh dari pihak atasan hingga ke peringkat bawahan, Cuma cara dan pendekatan yang berlainan. Ada yang menggunakan cara demonstrasi untuk menegur pemimpin, ada pula yang menggunakan cara dakwah seperti yang telah dilakukan oleh tabligh-tabligh.” As long as it fits with the situation, whatever methods will be essential”.


Cuba anda bayangkan, jika setiap orang muslim di dalam dunia ini, mempunyai rasa tanggungjawab untuk maka amanlah dunia ini. Bahkan pula mungkin untuk membentuk sebuah “daulah islamiah” itu menjadi mudah “a piece of cake”. Setiap muslim mempunyai rasa untuk menegur saudaranya. Bertepatanlah dengan hadis kedua diatas, hadisnya ringkas, tetapi memberikan makna yang mendalam. Rasulullah hanya mengibaratkan seorang mu’min kepada mu’min yang lain dengan CERMIN. Kalau nak dilihat secara kasarnya, amat simple, cermin je?





Jika dilihat sifat-sifat cermin , masyaALLAH, memang mendalam sungguh hadis rasulullah. Antara sifat-sifat cermin ialah;


1. Senyap, cermin hanya akan memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.


2. Selepas cermin itu memberi reflectionnya, jika kita tinggalkan cermin tersebut, keburukan yang terserlah, hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita melupakan terus keburukan mereka. Biarkan ia berlalu.


3. Cermin akan memberi reflectionnya sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari jam 12 tengahmalam hinggalah ke tengahari. 24 jam. Begitulah juga orang beriman akan melakukan tugasnya untuk mencegah kemungkaran 24 jam sehari semalam.


4. Cermin bukan sahaja memberikan reflection yang buruk, ia juga memberikan gambaran kecantikan kepada sesiapa yang berada dihadapannya. Maka begitulah juga umat islam, kita mestilah melahirkan rasa kagum dan bersyukur jika ada dikalangan saudara kita yang melakukan perkara baik.


5. Jika kita memecahkan cermin, serpihan-serpihan cermin itu masih ,memberikan reflectionnya kepada kita. Begitulah juga orang beriman, biarpun dimaki hamun, dizalimi, tetapi tetap juga akan memberikan sumbangan untuk mencegah kemungkaran selagi mana ianya benar.





Isi-isi tentang cermin ini diambil dari khutbah jumaat pada 16 November, Riley Smith Hall, University Student Union, University of Leeds.