10/28/2007

diary kembara : FROM LEEDS TO LIVERPOOL

Pada 26th october, aku pergi mengambara ke liverpool seorang diri dgn menaiki coach., sampai di liverpool, dalam lebih kurang jam 2100, aku dijemput oleh dua orang sahabat kolej aku di sane, remy n acap kucing (skrg dikenali sebagai acap john moorse). alhamdulillah, atas nikmat kesihatan dan masa lapang, aku di beri kekuatan untuk sampai ke bumi liverpool, bndar yang penuh bersejarah, esp sejarah bolasepak nya, siapa tak kenal dengan kelab liverpool, selain memenuhi tuntutan alquaran untuk mengembara, misi aku sepanjang berada di bumi UK ini adalah untuk melawat ke semua stadium english premier league yang terkemuka.. insyaALLAH..

biarpun hanya meninjau2 di luar pagar, tetapi sekadar untuk merasai bagaimana suasana stadium sebenarnya, kerana sebelum ini, di malaysia, stadium hanya ditonton di padang dari televisyen. tetapi sekarang ni diberi peluang untuk merasai sendiri suasana sekeliling stadium. ALHAMDULILLAH, aku diberi layanan yang tidak terhingga sepanjang aku berada di liverpool. Terima kasih kepada Remy, yang memberikan aku tempat tidur dan makanan di sana. dan tidak lupa juga kepada acap john moorse, yang selalu memberikan pertolongan sepanjang aku berada disana.

Bandar liverpool agak besar jika nak dibndingkan dengan bandar leeds, dan university of leeds lebih cantik jika nak dibandingkan dengan university of liverpool (sorry, remy), dan of course la lawa dari john moorse (haha, acap!!)huhu.. dan pada hari pertama aku dibawa jalan di bandar liverpool (pagik), dan pada waktu petangnya pula, kami bertiga berjalan untuk melihat stadium Anfield Stadium dan Goodisan Park Stadium. Kami berjalan dari bndar ke stadium dalam lebih kurang 40 minit. Sampai kat stadium je, waktu dah gelap dah, dalam kol 5.30 ptg.. tangkap2 gambar dan pulang dengan menaiki bas. aku pulang ke leeds semula pada 27th october. Banyak pengalaman yang aku timba, bile berjalan jalan seorg diri ni.. Semoga aku diberi peluang untuk mengembara ke bandar2 lain pula.. Amin..





anfield, liverpool fc stadium




goodison park, everton stadium




ni stanley park yg horror





ni la univ acap john moorse





apsal lak mamat belakang ni?


10/23/2007

DARI AMPANG KE LEEDS

Tanggal 10sept, berlepaslah seorg anak ampang ke bumi negara dunia pertama, United Kingdom, meninggalkan kedua ibubapa, seorg abg, seorg kakak bersama2 suaminya, dan empat org anak sedaranya.. untuk meneruskan perjuangannya, perjuangan keluarga yang belom diselesaikan, untuk menyumbang tenaga kepada AGAMA!, negara dan bangsa.. amin! berikut adalah sedikit sebanyak gambaran keadaan bumi U.K.. buat kali kedua kalinya sampai ke bumi ini, dan kali pertama sampai ke bumi leeds sbgai seorg plajar.. alhamdulillah..






maser ni baru sampai london, heatrow airport




kat businees school, 1st time

10/22/2007

Sekadar Muqaddimah Pembuka Bicara

Alhamdulillah, ini kali pertama aku menulis blog, secara RASMI nya, kerana sebelum ini, blog hanya ditulis sebagai suka-suka sahaja. InsyaALLAH, kali ini, blog inilah yang akan menjadi blog milikan diri ini selama mana aku berada di bumi leeds ini. ALHAMDULILLAH..


Disaat aku terdetik untuk membuat blog ini, semasa jalan pulang aku dari seminar ‘economics theory and application’. Terpikirkan akan terbazirlah kenangan & pengalaman aku sepanjang aku berada dibumi LEEDS ini, baru sahaja sebulan aku tinggal disini, tetapi aku dah banyak melalui pengalaman yang begitu banyak sekali. Maka, terciptalah blog yang rasanya tidaklah sehebat blog-blog yang telah dibuat oleh orang yang terkemuka seperti ustaz hasrizal (www.saifulislam.com), ustaz zaharuddin (www.zaharuddin.net) dan lain-lain.


Sekadar pengenalan, saya THAHA ABDUL LATEF, pelajar tahun satu di University of Leeds, dalam bidang ‘Accounting and Finance’.


Untuk pengetahuan semua, mungkin ini kali pertama menulis blog, mungkin ayat yang ditulis sedikit rasmi, insyaALLAH, selari dengan peredaran masa, sedikit sebanyak coretan saya akan menjadi lebih kepada tidak rasmi. Saya benar-benar minta maaf, sekiranya ada yang dikalangan pembaca yang sedkit anti dengan kepada orang-orang yang menghancurkan bahasa, tetapi, disini niat sebenar saya bukanlah untuk menghancur bahasa, tetapi sebaliknya, ingin menyampaikan mesej-mesej dan dakwah yang terlintas di fikiran saya dengan keupayaan ndan kemahiran bahasa yang ada. Biarlah mesej dapat difahami dengan menggunakan bahsa yang tidak berbunga-bunga, daripada mesej yang langsung tidak dapat difahami dengan ayat yang penuh dengan bunga-bunga.


Ingin diberatahu sekali lagi, coretan-coretan yang akan saya masukkan kedalam blog ini, adalah basically banyak bersumberkan dari pengalaman saya sepanjang berada di bumi LEEDS ini, bersesuaian dengan tajuk blog ini, (DPAKLC) .